Majlis Perasmian Pembukaan Fort Cornwallis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, bersama YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, dalam satu majlis yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Fort Cornwallis, Pulau Pinang.
Pembukaan semula Fort Cornwallis merupakan satu langkah penting dalam usaha memelihara dan memperkasakan warisan sejarah negara, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai antara destinasi pelancongan warisan utama di Malaysia.
Usaha pemuliharaan ini diterajui oleh Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) dengan kerjasama George Town Conservation and Development Corporation (GTCDC), Think City dan Aga Khan Trust for Culture, sebagai komitmen bersama dalam memelihara nilai sejarah serta warisan budaya untuk manfaat generasi kini dan akan datang.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua kementerian, jabatan, agensi, urus setia, petugas serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam memastikan majlis ini berlangsung dengan lancar dan jayanya.

