SHAH ALAM – Majlis Perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) XXII & Para SUKMA Selangor 2026 berlangsung penuh gemilang di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, menghimpunkan atlet dan kontinjen dari seluruh negara dalam satu malam penuh warna-warni, semangat kesukanan dan kebanggaan.
Majlis bermula dengan ketibaan dan pendaftaran para atlet serta kontinjen, diikuti ketibaan para jemputan, Menteri-Menteri, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negeri serta dif-dif kenamaan.
Majlis kemudian menerima ketibaan YB Menteri Belia dan Sukan, disusuli YAB Datoโ Menteri Besar Selangor sebelum keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor.
Acara diteruskan dengan Lagu Negeri Selangor dan bacaan doa sebelum pentas perasmian dibuka dengan persembahan pembukaan oleh Nadeera Zaini.
Antara detik yang paling dinantikan adalah Perarakan Masuk Kontinjen SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026, didahului Bendera Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri.
![]()
![]()
KONTINJEN NEGERI PULAU PINANG MELANGKAH MASUK!
Kontinjen Pulau Pinang tampil penuh bangga membawa maruah, semangat dan nama negeri ke pentas SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026. Turut hadir memberikan sokongan dan memimpin kontinjen ialah YBrs. Tuan Harry Chai Heng Hua, Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Tuan Joseph Ng Soon Siang, ADUN Air Itam merangkap Chef de Mission (CDM) Kontinjen SUKMA Negeri Pulau Pinang serta YB Cik Connie Tan Hooi Peng, ADUN Seri Delima merangkap Chef de Mission (CDM) Kontinjen Para SUKMA Negeri Pulau Pinang. Menggalas amanah dalam perarakan, Nur Auni Maisarah, Atlet Bola Tampar Pantai Negeri Pulau Pinang sebagai Pembawa Bendera Kontinjen Negeri Pulau Pinang, serta Mohamad Irfan Izwan, Atlet Ping Pong Para SUKMA dan Nur Sara Shahira, Atlet Tenpin Bowling sebagai Pembawa Plakad.
Perarakan ini membawa bersama satu tekad dan satu misi berjuang habis-habisan demi mengharumkan nama Pulau Pinang serta memburu kejayaan terbaik di bumi Selangor.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan Sembah Ucapan oleh YAB Datoโ Menteri Besar Selangor, sebelum Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan menyampaikan Lafaz Perasmian SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026.
Kemeriahan malam diteruskan menerusi Persembahan Khas 1 yang menampilkan Jaclyn Victor dan Ayai Ilusi, disusuli Upacara Menaikkan Bendera SUKMA XXII Selangor 2026 serta Lafaz Ikrar Kejohanan.
Seterusnya, Persembahan Khas 2 menampilkan lagu rasmi SUKMA XXII Selangor 2026, โRentak Kita, Aksi Kitaโ yang dipersembahkan oleh Azlan & The Typewriter.
Kemuncak majlis menyaksikan Upacara Menyalakan Obor SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026, simbolik bermulanya secara rasmi perjuangan para atlet dalam memburu kegemilangan di temasya sukan terbesar negara.
Majlis kemudian diserikan dengan persembahan penutup, sebelum Lagu Negeri Selangor dimainkan dan keberangkatan pulang Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor.
Buat seluruh atlet Kontinjen Negeri Pulau Pinang, pentas perjuangan kini terbuka.
๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐!
๐๐ฎ๐ฅ๐๐ฎ ๐๐ข๐ง๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐๐ข๐ ๐๐๐ง๐ ๐ ๐๐ ๐๐ซ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐!
โ๐ ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐๐ป๐ด๐ด๐๐น๐ฎ๐ป, ๐ ๐ฒ๐ฟ๐ฒ๐ธ๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ฒ๐ต๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ป: ๐ ๐ฒ๐ป๐ด๐๐ฎ๐๐ฎ๐ถ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฆ๐๐ธ๐ฎ๐ป.โ

