Yb Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Adakan Kunjungan Hormat Ke Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI).

Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) telah menerima kunjungan hormat daripada YB Dato’ Dr. Jafri bin Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, di Bilik Mesyuarat CMI, Tingkat 44, KOMTAR, hari ini.

Kunjungan ini menjadi ruang untuk sesi perbincangan serta pertukaran pandangan berkaitan perkembangan, peranan dan hala tuju CMI, di samping memperkukuh hubungan serta kerjasama antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan CMI.

CMI merakamkan penghargaan atas kesudian YB Setiausaha Kerajaan Negeri mengadakan kunjungan hormat ini yang mencerminkan kepentingan hubungan dan kerjasama erat dalam menyokong aspirasi pembangunan Negeri Pulau Pinang.

Share the Post:

Related Posts